|
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
> LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti)
> Kamu, tulang rusukku!
>
> Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian.
>
>
> Saat Adam sedang lena tidur,
> Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.
>
>
> Semua LELAKI mencari
> tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita
> untuknya, tidak lagi
> merasakan sakit di hatinya....
>
> Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah
> dan manis untuk
> sementara.
>
>
> Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam
> kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada.
>
>
> Hidup mereka menjadi membosankan.
>
>
>
> Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai
> menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.
>
>
> Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai
> menjadi semakin panas.
>
>
> Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran
> WANITA lari keluar rumah.
>
>
> Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak 'Kamu
> tidak cintakan saya lagi!!!'.
>
> >
> LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara
> spontan juga berteriak 'Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu
> ternyata bukan tulang rusukku!!!'
>
> Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa
> saat.
>
>
> LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi
> seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali.
>
>
> Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil
> barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.
>
>
> 'Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi
> Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati
> masing-masing' .
>
>
> Lima tahun berlalu.
>
>
> LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
> mencari khabar akan kehidupan WANITA.
>
>
>
> WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali.
> Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
>
>
> LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu,
> sepertinya.
>
>
> Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan
> merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui
> bahawa dia merindukan WANITA.
>
>
> Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali.
>
> Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan,
> mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
>
>
> LELAKI: Apa khabar?
> WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
> LELAKI: Belum.
>
>
> WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan
> berikut.
>
>
> Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu
> berkesempatan.
>
>
> Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
>
> WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz
> 'Selamat tinggal..'
>
> Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah
> salah seorang korban Menara WTC.
>
>
>
> Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan
> kembali merasakan sakit dihatinya.
>
>
>
> Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA,
> tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya
> dia patahkan.
>
>
> Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang
> paling kita cintai.
>
>
>
> Dan akibatnya adalah penyesalan.
>
>
>
> Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya,
> akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita,
> semua sudah terlambat...
>
>
> Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai
> dengan sepenuh hati...
> Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu,
> apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?
> Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan.
>
> Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
>
> Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan
> sebanding dengan akibat yang akan diterima??
>
> Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
> Jika diri tak seindah SULAIMAN,
> Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
> Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
> Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
> Jika tak sekuat SARAH,
> Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
> Jika diri tak se sempurna RASULULLAH S.A.W
_________________
|